-->
skip to main | skip to sidebar

Bait - bait Kenangan

New Years 2012

Assalamualaikum..

nak taip apa nie erk? entah.. fikiran dan tangan nie tak seiring macam post-post dik GG ..
bila jenjalan kat belog dia, terasa banyak lagi yang tak tahu..macam nak masuk belajar Tatabahasa dan Bahasa Melayu kat Cekgu Kalthum dan Cekgu Rohana balik..tambahan pulak, sekarang nie dah nak masuk tahun baru.. 4 Jan 2012 dah mula persekolahan bagi tahun 2012..agak-agak, cekgu-cekgu kat sekolah tue terima saya  tak lagi..? al-maklumlah, dah bertahun-tahun kat sekolah tue..
5 tahun di alam menengah + 1 tahun lagi..
conform, diaorang dah jemu tengok muka nie kan?..

ok..stop at here..
sebenarnya, title TINTA BIRU telah ditukarkan kepada BAIT-BAIT KENANGAN...
tak tahu la sama ada ok or tak tajuk nie ..ah, lantak la.. ada saya kisah ..kan dik GG..?

hari nie 31 Disember 2011, hari terakhir bagi tahun 2011.
esok 1 Januari 2012, permulaan bagi tahun 2012..azam tahun 2011 ada yang tercapai, Alhamdulillah..
moga azam bagi tahun 2012 dapat juga digapai.. insyaAllah..amin..


1 luahan

keBESTAN yang tidak BEST.. !!

Salam untuk post kali kedua. Setelah hari ke berapa tah terciptanya belog ini, baru tarikh hari ini baru ada ''mood'' nak post entry baru.. acctually, ianya disebabkan ''tenet'' kat rumah laaa.. kejap bukak, kejap tutup. macam biskut chipsmore la plak.. hahaha..

gara-gara anak buah yang terlampau-lampau mengilai bermain ''tenet''. 24 jam dengan laptop dan ''tenet''nya. kalau dah besaq tak mengapa la plak, tapi umur baru 5 tahun. Asyik games, games dan games. so, ''tenet'' terpaksa ditutup, dibuka dengan alasan yang agak-agak boleh pakai la..( boleh kot ). Alasan internet tak dibayar. internet kena bayar hari-hari, baru boleh bukak. hakhakhak.. padahal aku yang tutup. plug dipasang dan buka tapi wayar dicabut, mana nak perasan..

sebab itulah tajuk ini tetiba jew muncul kat akal fikiran aku..Yang keBESTANnya tue, apabila asyik mengusik anak buah ni.. yelah, gembira kowt sebab tengok dia tak dapat main games-gamesnya..hahahha
( jahatkan aku ? ) tapi kebestan ini menjadi tidak BEST sebab aku pun tak dapat meng''tenet'' jugak..hahahaha.. ( sian  kat aku juga kan? ),

apa-apa pun, tak lama aku ada peluang nak mengusik dia. anak buah aku nie dah nak kembali ke ''penjara'' yang terletak di Johor, nun jauh dari Penang nie. penjara? korang jangan la terkejut. takkan la budak seumur 5 tahun nie nak ditempatkan di tempat semacam itu. penjara maksud aku disini ialah taska dan tempat mengasuh dia. yelah, cuba korang bayangkan pagi ke sekolah tadika, petang ke tempat mengasuh dan malam baru sampai rumah.. ah, sehari suntuk kowt belajar.aku yang ke sekolah pun sampai kul 3 petang je. paling lewat la tue.. hahaha..

so, itulah storynya. hahaha.. si mamat tue dah balik.dengan makanan. mcD. huhuhuhu..
aku makan dulu la erk..nyum..nyum.. jom..! join kitaorang.. bye..
0 luahan

I'm NEW here.. XD

..Kriek..kriek..
..tokk..tookkk..
..tukh..tukh..
..fuh..fuuuh...
..uish..ish..
erm..Alhamdulillah..siap juga akhirnya..!!
penat jugak erk nak membina ''rumah'' ni.,bukan senang rupanya..
banyak ''ilmu dan kepakaran'' yang perlu.
kalau tak,mana nak jadi ''rumah'' ni.
semestinya perlu dibina rangka, disimen dan barulah dicat serta dihias
agar menarik dan tertarik..
berpeluh-peluh juga nak tunggu ''rumah TINTA BIRU'' ni siap...
aku yang buat ??? tolong sikit erk..
jarang la orang perempuan sertai kerja tukang-menukang ni..
jadi, pembinaan ''TINTA BIRU'' ini telah diserahkan sepenuhnya kepada
AZIZI MOHD SAID a.k.a. GG
tanpa apa-apa bayaran pun..hehehe
korang ingat senang nak dapat ''rumah'' free-free mcm tu jee..
( syukran yazilan GG )
berbalik kepada tajuk yang asal, dah lama sebenarnya niat nak berBLOG ni..
cuma baru berkesempatan je sekarang niie..
dengan itu, diwaktu ini, dimasa ini..
TINTA BIRU nak memperkenalkan diri..
korang boleh panggil aku ''HAJAR'' (^^,)v
hmmmm..,?? ha'ah..,lupa pulak..
kalau korang rasa diri korang tu MUDA dari aku.. 
korang semua boleh panggil je aku ''AKAK'' 
macam yang slalu bebudak kelas 5 Arif (2011) skrg niie panggil..
kerana diaoranglah panggilan ''AKAK or KAKAK'' tu sebati dlm diri aku..
nak tahu kenapa diaorang panggil dgn panggilan tue.., lain waktu aku cheriterakan erk..
nak panjang-memanjangkan lgi nanti aku dah tak de story la plak nak tulis kat tinta niieh.. hehehe...

Akhir kalam,aku ucapkan                                                                                                     
SALAM PERKENALAN & PERSAHABATAN
buat semua warga2 blog..
~~(^^,)/~~


tiap persahabatan itu selalunya bermula dengan SENYUMAN.
Ukhuwahfillah..

3 luahan
Siti Hajar Idris
Penang, Malaysia
Islam
http://www.girlgamesdonkey.com/
  • ▼  2011 (3)
    • ▼  Disember (3)
      • New Years 2012
      • keBESTAN yang tidak BEST.. !!
      • I'm NEW here.. XD
  • sWeET s0ur'S liFe
    Dropship
    7 tahun yang lalu
  • Little Mozart
    Pemilihan Tajuk Latihan Ilmiah
    10 tahun yang lalu
  • Laman Generasi Y
    Kelebihan Azan dan Iqamah
    13 tahun yang lalu
  • Just Be Yourself
Design: Azizi Said with IftiHajar
Basecode: Lettha
Images: Malaysian Bloggers